Imej

Imej

Rabu, 7 Mei 2014

Penundaan Tarikh Karnival Pendidikan Sains & Teknologi 2014

Adalah dimaklumkan bahawa tarikh Karnival Pendidikan Sains dan Teknologi Peringkat Negeri telah ditunda daripada 6 - 8 Mei 2014 kepada 29 - 31 Mei 2014 di Politeknik Seberang Perai. Penundaan ini kerana memberi laluan kepada minggu peperiksaan di sekolah-sekolah Pulau Pinang dan kesediaan fasiliti di Politeknik Seberang Perai. Karnival Pendidikan Sains dan Teknologi pada tahun ini mempunyai pengisian seperti berikut;
1. Pertandingan Peringkat Kebangsaan
  • Social Innovation (Technology For Community)

2. Pertandingan Peringkat Negeri (Sains, Matematik, Teknologi, Kejuruteraan)
  • Inovasi Sains dan Kejuruteraan Sekolah Menengah Piala Pengarah Pendidikan Pulau Pinang
  • Inovasi Sains dan Kejuruteraan Sekolah Rendah Piala Pengarah Pendidikan Pulau Pinang
  • Saintis Muda Sekolah Menengah
  • Saintis Muda Sekolah Rendah
  • Teknologi Pelancaran Roket
  • Solar Car
  • Solar Boat
  • Efficiency Energy Cooking
  • Eureka Solar Beach House
  • Maths Magic
  • Bercerita Sains

3. Pameran Agensi Kerajaan & Swasta
4. Pameran Mobile Unit
5. Pertunjukan Sains
6. Pertunjukan Cosmo Dome
7. Pencerapan Matahari
7. Science Talk
8. Walk-In Activities

Sekolah-sekolah yang mengambil bahagian dalam pertandingan dipohon hadir mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan. Sekolah-sekolah juga diminta merancang lawatan ke karnival tersebut sebagai aktiviti kokurikulum. 






Khamis, 6 Mac 2014

Mini Karnival Pendidikan Sains dan Teknologi Peringkat Daerah

Makluman kepada Guru Pembimbing pertandingan,
Memandangkan bilangan penyertaan yang meningkat, pada tahun ini pertandingan peringkat awal akan dijalankan di Mini Karnival Pendidikan Sains dan Teknologi Peringkat Daerah. Penganjuran peringkat Daerah Pulau (Timur Laut dan Barat Daya) akan dikelolakan oleh PPD Barat Daya pada 19 April 2014 (Sabtu) dan daerah Seberang Perai (Utara, Tengah dan Selatan) akan dikelolakan oleh PPD Selatan pada 10 April 2014 (Khamis). Berdasarkan keputusan mesyuarat bersama Pegawai Kokurikulum PPD pada 5 Mac 2013, pertandingan yang akan dijalankan dalam Mini Karnival Pendidikan Sains dan Teknologi Peringkat Daerah ialah;
a. Pertandingan Solar Car
b. Pertandingan Solar Boat
c. Pertandingan Efficiency Energy Cooking (EEC)
d. Pertandingan Eureka (Solar Beach House)
e. Pertandingan Saintis Muda (Sekolah Menengah)
f. Pertandingan Saintis Muda (Sekolah Rendah)
g. Pertandingan Maths Magic
Pertandingan Inovasi Sains dan Kejuruteraan, Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket dan Pertandingan Bercerita Sains akan dibawa terus ke Karnival Pendidikan Sains dan Teknologi Peringkat Negeri bersama pasukan terbaik yang telah bertanding di peringkat daerah. 20 pasukan terbaik bagi setiap pertandingan (kecuali Pertandingan Eureka - 10 pasukan) akan dipilih untuk bertanding di peringkat negeri. Karnival Pendidikan Sains dan Teknologi Peringkat Negeri akan diadakan di Politeknik Seberang Perai pada 6 hingga 8 Mei 2014. Semua Guru Pembimbing dipohon membuat persediaan awal. 

Sila downloads:
Data Pertandingan Sekolah Menengah
Data Pertandingan Sekolah Rendah

Rabu, 12 Februari 2014

PERTANDINGAN INOVASI SAINS DAN KEJURUTERAAN KEBANGSAAN 2014

Pengetua,
SMK/SMKA/SMJK/SABK
Pulau Pinang

Sukacita dimaklumkan Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia akan meneruskan penganjuran Pertandingan Projek Inovasi Sains dan Kejuruteraan Kebangsaan 2014/2015 (INTEL-ISEF 2014/2015). Pertandingan berbentuk penyelidikan dan inovasi ini bertujuan mencungkil bakat murid-murid dalam bidang rekacipta dan inovasi sains / kejuruteraan di samping mengenalpasti pasukan terbaik yang akan mewakili negara di peringkat dunia. 

Sehubungan itu, kerjasama tuan dipohon untuk menggalakkan penyertaan murid-murid tuan dalam pertandingan ini melalui projek berasaskan inkuiri (inquiry – based projects). Semua dokumen perlu dihantar dalam bentuk ’hard copy dan ”soft copy” ke ke alamat email sham_7811@yahoo.com sebelum 12 Mac 2014.  

Selasa, 11 Februari 2014

KARNIVAL PENDIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI PERINGKAT NEGERI 2014

Sukacita dimaklumkan Unit Kokurikulum, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang akan menganjurkan Karnival Pendidikan Sains & Teknologi Peringkat Negeri Pulau Pinang 2014. Program tahunan ini menyediakan pelbagai aktiviti untuk murid-murid serta guru seperti pertandingan-pertandingan Sains & Teknologi, pameran agensi kerajaan dan swasta, pertunjukan sains, seminar dan bengkel-bengkel hands-on. 

Muatturun:
1. Syarat-syarat pertandingan:

a. Pertandingan Inovasi Sains & Teknologi Kejuruteraan Piala Pengarah Pendidikan Pulau Pinang SM & SR)
b. Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket (SM)
c. Pertandingan Solar Car (SM)
d. Pertandingan Solar Boat (SM)
e. Pertandingan Efficiency Energy Cooking (SM)
f.  Pertandingan EUREKA REE Solar Beach House (SR)
g. Pertandingan Bercerita Sains - Bahasa Inggeris (SR)
h. Pertandingan Saintis Muda (SM & SR)
i. Pertandingan Maths Magic (SR)

Ahad, 9 Februari 2014

PERTANDINGAN F1 IN SCHOOLS TECHNOLOGY CHALLENGE 2014

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Pulau Pinang dengan kerjasama F1 In Schools Malaysia akan mengadakan Pertandingan F1 In Schools Technology Challenge peringkat negeri 2014. Matlamat penganjuran pertandingan ini ialah untuk membangunkan modal insan melalui pendidikan sains dan teknologi dan memupuk minat bagi mendalami ilmu sains dan teknologi melalui kaedah pembelajaran secara hands on dan learning by making. Sila lengkapkan borang penyertaan dan emelkan ke sham_7811@yahoo.com sebelum 28 Februari 2014. Taklimat pertandingan akan diadakan kepada mentor sebelum pertandingan dijalankan. 





ANUGERAH PENDIDIKAN SAINS TORAY 2014

Sukacita dimaklumkan bahawa Malaysia Toray Science Foundation (MTSF) akan meneruskan program memberi pengiktirafan kepada guru yang terlibat dalam pendidikan sains melalui Anugerah Pendidikan Sains Toray 2014. Pertimbangan pengiktirafan ini diberikan kepada inovasi pendidikan sains seperti teknik pengajaran dan pembelajaran, bahan bantu mengajar yang inovatif dan berkesan di samping aplikasi pendidikan sains yang dapat membantu penyampaian atau penyebaran ilmu sains dengan lebih menarik dan berkesan. Seperti tahun-tahun sebelumnya pihak penganjur menyediakan hadiah wang tunai berjumlah RM70,000.00 kepada pemenang-pemenang anugerah. 

Maklumat lanjut dan borang penyertaan boleh diperoleh melalui laman sesawang www.mtsf.org
Tarikh tutup: 31 Mei 2014
Sebarang pertanyaan sila hubungi:
Malaysia Toray Science Foundation
c/o Toray Group (Malaysia) Penfabric Sdn Bhd
Block B, Prai Free Industrial Zone 1, 13600 Prai, Penang
Tel: 04-390 8157 / 385 4151
Fax: 04-390 8260
Email: mstf@toray.com.my

Rabu, 22 Januari 2014

PETROSAINS SCIENCE SHOW COMPETITION 2014


Penyertaan pertandingan ini telah dibuka kepada semua sekolah menengah di seluruh negara. Pertandingan akan dijalankan di peringkat negeri dan kebangsaan. Sekolah-sekolah yang berminat untuk menyertai pertandingan ini diminta menghantar penyertaan kepada Petrosains Sdn Bhd sebelum 30 April 2014.