Khamis, 24 Mei 2012

National Robotic Competition Zon B Pulau Pinang

National Robotic Competition Zon B Pulau Pinang akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

12 Jun 2012 - Kumpulan Sekolah Rendah (Regular & Open Category)
13 Jun 2012 - Kumpulan Menengah Rendah (Regular & Open Category)
14 Jun 2012 - Kumpulan Menengah Atas (Regular & Open Category) 

Tempat: SM Sains Kepala Batas
Masa:    8.00 hingga 5.00 petang

Khamis, 17 Mei 2012

PERISTIWA DUA KALI SEUMUR HIDUP-TRANSIT PLANET ZUHRAH 2012” PADA 6 JUN 2012 DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)


Sukacita dimaklumkan, program astronomi “Peristiwa Dua Kali Seumur Hidup-Transit Planet Zuhrah 2012” ini merupakan satu program yang akan dikelolakan oleh pihak Muzium & Galeri Tuanku Fauziah, USM dengan kerjasama Kelab Astronomi USM, Jabatan Mufti Pulau Pinang, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, Jabatan Pelajaran Negeri dan Penang Education Council.

“Peristiwa Dua Kali Seumur Hidup-Transit Planet Zuhrah 2012” ini merupakan salah satu peristiwa astronomi yang sangat penting dan ia jarang berlaku dimana kita hanya dapat menyaksikan peristiwa ini dua kali seumur hidup.  Peristiwa bersejarah ini dapat dilihat dilangit diseluruh Malaysia pada pagi Rabu, 6 Jun 2012 dimana satu titik hitam bulat iaitu Planet Zuhrah akan muncul merentasi cakera matahari secara perlahan-lahan selama 6 jam.  Fenomena alam yang sama seperti ini akan berlaku lagi 100 tahun akan datang sepertimana yang dijangkakan pada Disember 2112.  Pastikan kita semua tidak terlepas pengalaman ini untuk menyaksikan peristiwa Transit Planet Zuhrah kerana ia hanya dapat dilihat dua kali seumur hidup untuk dikongsi bersama generasi yang akan datang.   

Rabu, 16 Mei 2012

KARNIVAL PENDIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI 2O12

Karnival tahunan ini akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh: 10 hingga 12 Julai 2012
Tempat: SMK Seri Nibong, Nibong Tebal

Sekolah-sekolah yang telah mendaftar diminta memuatturun syarat-syarat pertandingan dan borang penyertaan. Borang penyertaan yang telah dilengkapkan hendaklah disahkah oleh Pengetua/Guru Besar sebelum di hantar secara email ke sham_7811@yahoo.com atau faks ke talian 04-575 3857 sebelum 20 Jun 2012. Pengesahan penerimaan borang secara faks boleh diajukan kepada Pn Zaina di talian 04-575 7640.


  • Pertandingan Inovasi Piala Pengarah Pelajaran Pulau Pinang (SM & SR)
  • Pertandingan Saintis Muda (SM & SR)
  • Pertandingan Solar Car (SM)
  • Pertandingan Solar Boat (SM)
  • Pertandingan Efficiency Energy Cooking (SM)
  • Pertandingan Eureka Solar Beach House (SR)
  • Pertandingan Bercerita (Sains) (SR)

  • Senarai Sekolah Mengikut Pertandingan:
        Sekolah Menengah
        Sekolah Rendah
    Jadual Karnival Sains & Teknologi

    Ahad, 6 Mei 2012

    PERTANDINGAN F1 IN CHALLENGE PERINGKAT NEGERI 2012

    DSC_7725
    Pasukan F1 Extreme Speeder

    Pasukan Extreme Speeder dari SMK Tasek telah muncul Johan Keseluruhan dalam Pertandingan F1 In Challenge Peringkat Negeri Pulau Pinang. Pertandingan yang melibatkan 22 pasukan F1 In School ini telah diadakan pada 23 hingga 25 April 2012 di SMK Datuk Haji Ahmad Badawi. Majlis Penutupan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tn Hj Abu Bakar Bin Muad (Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan dan Kemanusiaan, JPN Pulau Pinang). Keputusan Penuh Pertandingan.
    


    PERTANDINGAN TEKNOLOGI PELANCARAN ROKET 2012

    Penganjur:  Unit Kokurikulum, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang
    Tarikh:        26 hingga 28 Jun 2012
    Tempat:      SMK Bertam Perdana, Bertam Perdana 3, Kepala Batas

    Sekolah-sekolah yang telah mendaftar sila muatturun syarat-syarat pertandingan dan borang penyertaan untuk tindakan lanjut. Sebarang pertanyaan berkaitan teknikal pertandingan, sila hubungi:

    En Mohd Rizal Bin Ismail          (012-472 4386)
    En Muhamad Yazee Bin Adnan (012-520 5980)