Rabu, 13 Februari 2013

Pelawaan Menyertai Kem Penyelidikan Sains Anjuran Institut Perhutanan Malaysia (FRIM) 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) akan menganjurkan beberapa siri Kem Penyelidikan Sains kepada murid-murid sekolah menengah. Objektif kem ini ialah untuk;
a. Merangsang minda dan kreativiti pelajar terhadap sains dan teknologi
b. Memupuk minat dan menyebarkan pengetahuan saintifik terhadap kepentingan sains dan alam sekitar
c. Meningkatkan kesedaran pelajar terhadap kepentingan pemuliharaan kepentingan biologi hutan

Bersama ini disertakan brosur program untuk makluman dan tindakan sekolah-sekolah yang berminat. Untuk keterangan lanjut sila hubungi En Arshad Hj Anuar di talian 03-62797519 / 7526 / 7528