Isnin, 20 April 2015

SOCIAL PROJECT JUNIOR CUP COMPETITION 2015 (PERTANDINGAN INOVASI MELALUI KELAB & PERSATUAN)

Pertandingan ini merupakan satu platform bagaimana Kementerian Pendidikan Malaysia boleh mencapai hasrat menambah baik kegiatan kokurikulum khasnya dalam kegiatan Kelab dan Persatuan iaitu dengan mewajibkan semua murid terlibat dalam projek inovasi iaitu Satu Murid, satu Projek (1M 1P). Program ini merupakan salah satu pertandingan inovasi yang boleh disertai oleh murid-murid sekolah, dimana ianya merupakan pertandingan inovasi kategori perkhidmatan.

Pemenang pertama pertandingan ini akan menerima hadiah wang tunai bernilai RM3,000.00 serta berpeluang menyertai persidangan Youth Social Business 2015 dan program-program lain yang dijalankan oleh rakan organisasi myHarapan. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 8 Mei 2015. Pengumuman pasukan yang layak akan dibuat pada 15 Mei 2015 melalui Facebook atau talian guru penasihat. Sebarang pertanyaan berkaitan, boleh dirujuk kepada pegawai myHarapan, En Khairul Azmi di talian 012-247 3554 atau azri@myharapan.org.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan